Powered by Blogger.
Authorized Dealer Public Gold A10129
Di mana Ada Kemahuan Di situ Ada Jalan

Memahami Cara Wang Kertas Dicipta - By PG Sarawak

Tuesday, 6 March 2012

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
Sistem kewangan yang di amalkan oleh negara kita dan seluruh dunia dikenali sebagai sistem “Fractional Reserve”. Wang Kertas di cipta melalui kaedah perkadaran yang dikenali sebagai “Fractional Reserved Ratio” atau ringkasnya FRR.
Melalui kaedah ini, wang kertas dicipta bukan atas sandaran emas ataupun sebarang komoditi yang berharga sebaliknya dicipta atas angin melalui pemberian pinjaman berserta riba (interest). FRR merujuk kepada satu kadar jumlah deposit minimum yang mesti dikekalkan oleh bank dalam satu-satu masa bagi memenuhi keperluan pengeluaran wang.
Kadar ini ditetapkan oleh bank pusat dan di Malaysia ia ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dikenali sebagai “Statutory Reserve Requirement (SRR) Ratio”.
Adalah penting bagi semua orang faham mengapa kenaikan harga barang berlaku. Increase supply of money adalah sebab UTAMA mengapa harga barang terus meningkat dari masa ke semasa
Sebagai contoh:
Katakan kadar SRR ditetapkan adalah 10 peratus (10%). Ini bermakna bagi setiap RM1 deposit yang bank ada, undang-undang membenarkan bank mencipta RM9 dalam bentuk pinjaman.
  • Katakan sebuah bank, saya namakannya sebagai HHBank, mempunyai RM1 juta dalam depositnya. Deposit ini mungkin terdiri daripada kombinasi modal dan simpanan pelanggannya.
  • Dengan deposit RM1 juta ini, HHBank dibenarkan mencipta sebanyak RM9 juta dalam bentuk pinjaman.
  • Katakan sebuah syarikat pembinaan bernama Armand Construction membuat pinjaman sebanyak RM10 juta dalam bentuk pinjaman dengan tempoh pembayaran balik secara bulanan selama setahun dan interest sebanyak 10% setahun.
  • HHBank bersetuju dan mengeluarkan cheque sebanyak RM10 juta supaya Armand Construction menggunakan wang tersebut bagi menjalankan projek dan membayar gaji pekerja.
  • Armand Construction membawa cheque dan bank-in ke bank yang lain iaitu RooneyBank. Ini bermakna RooneyBank dapat mencipta wang baru sebanyak RM10 juta.
  • Dibawah sistem FRR, RooneyBank dibenarkan mencipta wang sebanyak RM90 juta (RM10 / 90%) sama seperti HHBank lakukan.
  • Maka proses ini berulang-ulang setiap kali ada orang lain membuat pinjaman dengan RooneyBank.
  • Lama kelamaan wang menjadi semakin banyak dari masa ke semasa tanpa ada penambahan sebenar nilai kepada pemilikan wang oleh pihak bank.
Sistem FRR ini akan gagal apabila ramai peminjam GAGAL membuat pembayaran dan bank akan gulung tikar. Sebab itu, untuk mengelakkan bank gulung tikar – pihak bank akan meminta cagaran dalam bentuk aset tetap yang dapat dilelong sekiranya pinjaman ada masalah.
Wang yang dihasilkan melalui sistem ini dikenali sebagai FIAT MONEY kerana ia hanya mempunyai nilai muka (face value) yang diarahkan oleh undang-undang bagi diterima nilainya tanpa mempunyai nilai yang instrinsik iaitu NILAINYA YANG SEBENAR.
Ini semua terjadi kerana wang itu dicipta tanpa sebarang sandaran. Boleh cipta seberapa yang kita hendak cipta. Saya seringkali membuat contoh dalam seminar emas, kita umpamakan permainan monopoly @ Saidina. Amerika Syarikat sebagai banker & player menentang pemain-pemain lain yang hanya bersandarkan kepada modal yang ada… Tidak adil bukan =)
Maka, di sini kita dapat faham bahawa semakin banyak wang kertas di pasaran, semakin tinggi kadar inflasi meningkat.. So now, anda mungkin tahu ke mana arah tuju negara kita =)
Buat tindakan sekarang bagi melindungi nilai kekayaan anda sebelum RM anda dalam bank semakin MENYUSUT nilainya. Tukarkan ke dalam bentuk emas fizikal segera!
Gaji naik bukanlah penyelesai masalah meningkatkan mutu hidup. Harga barang akan naik selari dengan kenaikan gaji. Break even!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP