Powered by Blogger.
Authorized Dealer Public Gold A10129
Di mana Ada Kemahuan Di situ Ada Jalan

Ulasan Faizan Pelabur Jutawan

Friday, 2 March 2012

Apa khabar kepada semua pembaca? Semoga sihat semua hendaknya. Hari ini saya ada info untuk dikongsi dengan anda semua, semoga kita semua dapat manfaat daripadanya.
Kalau anda sedang menanti peluang untuk memaksimakan keuntungan dari Pelaburan Emas dan Perak, anda harus merebut peluang ini bila sampai masanya nanti!

Melihatkan kepada Trend pergerakan semasa harga Emas ketika ini, wujud kebarangkalian untuk harga Emas menguji kekuatan paras Sokongan (Support) iaitu pada harga sekitar $1520-$1530/oz.

Sekiranya jangkaan ini berlaku, maka harga Emas akan menyusut sekitar 5.5% berbanding harga semas ketika ini iaitu sekitar $1720/oz.

Lantunan semula harga Emas selepas ia berjaya menguji paras Sokongan ini turut dijangkakan.

Kebarangkalian tinggi turut menjangkakan yang harga akan kembali membuat pendakian menuju ke paras Rintangan (Resistance), iaitu paras harga tertinggi yang telah dicapai pada September 2011 yang lalu, sekitar $1900-1920/oz.

Belian di paras harga sekitar $1520-1520/oz akan memberikan pulangan kira-kira 17% sekiranya jangkaan untuk harga menuju ke paras $1900-1920/oz berlaku.
Sumber : Faizan Pelabur Jutawan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP